Pengurusan dan Operasi Firefly

Pesawat Firefly baru mendarat di LTAPP

Firefly akan diuruskan oleh FlyFirefly Sdn Bhd. Walaupun Firefly adalah syarikat milik penuh Penerbangan Malaysia, Firefly akan diuruskan oleh satu kumpulan pengurusan yang berasingan. Khidmat penerbangan akan dimulakan menggunakan 2 buah pesawat Fokker 50 menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas sebagai hab operasi. Pada 13 Jun 2007, Kerajaan Malaysia telah membenarkan Firefly untuk beroperasi di Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Subang juga dikenali sebagai Terminal Skypark Subang. Skypark menggantikan Pulau Pinang sebagai hab utama yg beroperasi menggunakan pesawat jenis ATR 72. Kini syarikat penerbangan ini mempunyai 12 buah pesawat ATR.

Firefly pernah mengembangkan operasi dengan menggunakan pesawat jet Boeing 737-400 dan B737-800 tetapi ditutup operasinya setelah ada campur tanganpengurusan Air Asia dalam Penerbangan Malaysia dalam bencana "share swap" antara Khazanah dan AirAsia. Malapetaka tersebut mengakibatkan MAS diistiharkan Muflis dan ditutup pada tarikh kemerdekaan Malaysia iaitu pada 31 Ogos 2014.